9 November 2011

TIPS: Kemana Hala Tuju Selepas SPM?

 HEI .. malas nak wat entry pnjang2 .  haha ~ 
td aq belek2 d internet pasal pas spm .. ahhhh ..
nie arh yg aq dpat .
jan kamu lupa tkan LIKE button arh . hehe

Disini akan terangkan hala tuju yang menjadi dilema hidup pelajar lepasan SPM ini.
Antara pilihan-pilihan yang ada selepas SPM ialah seperti dibawah:
1) Sambung belajar di univerisiti (Diploma)
2) Sambung ke tingkatan 6
3) Bekerja
4) Mengambil kurusus kemahiran

1) Sambung belajar di univerisiti (Diploma)
- Jika anda berminat hendak menyambung pelajaran di peringkat universiti, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk anda dapat menggenggam segulung diploma. Selepas itu baru anda dapat menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Tempoh pembelajaran ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya 3 tahun bergantung kepada kursus yang diambil. Mesti diingat, kaedah pembelajaran di sekolah tidak sama dengan pembelajaran di universiti dan banyak antara anda akan mengalami kejutan budaya (culture shock) . Anda juga dinasihati supaya tidak mengikut kawan dalam memilih jurusan di universiti, pilihlah jurusan yang anda betul-betul minat kerana 74% pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati jurusan yang mereka pilih dan masuk universiti hanya sebab nak dapat gelaran budak U sahaja.

2) Sambung ke tingkatan 6
- Jika sesiapa yang berpengalaman memasuki tingakatan enam seperti saya pasti akan menyedari perkara ini. Di tingkatan 6 dapat dilihat ramai pelajar cina memasuki kelas aliran sains. Mengapa mereka tidak  mengambil diploma?, adakah kerana keputusan SPM mereka tidak cemerlang?. Jika anda menyambung pelajaran ke tingkatan 6, masa yang diambil hanyalah 1 tahun setengah selepas itu anda boleh menyambung ke peringkat ijazah di universiti selama 3 tahun sekuran-kurangnya. Malah jika anda pemegang sijij tingkatan 6, peluang anda mendapat tempat di universiti lebih senang berbanding anda memohonnya selepas SPM. Corak pembelajaran di tingkatan 6 adalah serupa dengan diploma yang menggunakan kaedah pointer. Malah pembelajarannya juga sangat santai tidak seperti tingkatan 5 dahulu.

3) Bekerja
- Bagi yang mengmbil keputusan untuk menamatkan pelajaran dan bekerja, ini amatlah itdak digalakkan. Perlu diingat zaman sekarang sijil SPM sangat rendah nilainya. Purata gaji kasar yang anda boleh dapat jika bekerja maksimum adalah RM900. Dengan wang sebanyak itu untuk sebulan mungkin mencukupi jika anda berseorangan dan tinggal bersama keluarga namun jika anda menyewa dan tinggal sendirian maka sememangnya ia tidak cukup. Takkan selamanya anda mahu berseorangan?, mesti anda mahu berumahtanggakan? jadi bagaimana menyelesaikannya?. Lihat cara ke-4

4) Mengambil kurusus kemahiran
- SPM+Sijil Kemahiran= Gaji RM1000++ . Mungkin ini kesimpulannya yang paling senang untuk difahami. Bagi yang kurang cemerlang dan berkeputusan hendak bekerja, adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda mengambil sijil kemahiran samada komputer, kursus perkeranian, perakaunana,bengkel, atau sebagainya kerana ia merupakan nilai tambah kepada anda. Jika anda mempunyai kemahiran, maka majikan akan menganggap anda aset berharga yang perlu dijaga. Malah jika anda mempunyai kemahiran, ia dapat membantu anda menambah jumlah gaji.

Ramai juga yang bertanya, mana baik antara Diploma dan tingkatan 6?. Bagi saya tingkatan 6 lebih baik kerana ianya bermaksud satu kaki anda dah berada di universiti. Maka lepas habis belajar tidak susah untuk memasukkan lagi satu kaki ke sana. Anda di tingakatan 6 didedahkan dengan pembelajaran peringkat universiti secara perlahan-lahan dan tidak akan mengalami kejutan bila sudah berada disana nanti. Dengan memasuki tingkatan 6 juga anda mempunyai masa yang banyak untuk mengenalpasti jurusan mana yang anda betul-betul minat dan semestinya takkan terikut dengan kawan.
Sebenarnya banyak lagi pilihan-pilihan lain, namun 4 diatas adalah perkara utama yang selalu menjadi dilema pelajar-pelajar lepasan SPM. Semoga tips ringkas ini sedikit sebanyak membantu anda. Dan kepada anak murid saya, buatlah pilihan yang terbaik. Jangan mengikut kawan kerana ini saatnya anda menentukan masa depan sendiri, itu sahaja nasihat saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan